36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penceramah bebas ditahan, kes amang seksual

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pada bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, lelaki berusia 61 tahun tersebut ditahan sewaktu memberi keterangan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu pada Isnin.

“Perbuatan amang seksual fizikal tersebut didakwa dilakukan suspek pada program di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu pada Mac lalu.

“Mangsa menyertai program tersebut bersama bapa dan neneknya, namun ibunya tidak ikut serta,” katanya lapor Sinar Harian.

Suffian berkata, kanak-kanak perempuan itu kemudiannya menceritakan kejadian menimpanya kepada ibunya sebaik pulang ke rumah sebelum satu laporan polis dibuat.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan