36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM puji ahli Parlimen tanpa kira parti senada isu Antilompat Parti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan senario terkini persetujuan sebulat suara berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti menandakan Malaysia ke arah kestabilan politik yang lebih matang, kuat dan berkeyakinan.

Beliau berkongsikan keyakinan berkenaan melalui satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, beliau berpuas hati melihat penyatuan ahli-ahli Parlimen dalam Sidang Khas di Parlimen hari ini.

“Perbahasan untuk meminda RUU Perlembagaan bagi membolehkan penggubalan RUU Anti Lompat Parti ini adalah satu manifestasi ke arah politik yang lebih sihat dan berpaksikan kepentingan rakyat.

“Blok kerajaan dan pembangkang senada dan harmoni untuk membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas parlimen bagi meneliti pindaan perlembagaan yang lebih khusus mengenai lompat parti serta mewujudkan Akta Anti Lompat Parti,” katanya.

Menurut Perdana Menteri lagi, undi sebulat suara telah diperolehi dengan sokongan semua ahli parlimen tanpa mengira parti.

Sidang khas Parlimen mengenai RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 berkaitan Akta Antilompat Parti bermula kira-kira jam 10 pagi tadi.

Persidangan khas mengenai RUU itu masing-masing melibatkan masa satu hari bagi Dewan Rakyat hari ini.

Persidangan khas itu berakhir dengan persetujuan membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas parlimen bagi meneliti pindaan perlembagaan yang lebih khusus mengenai lompat parti serta mewujudkan Akta Antilompat Parti.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan