26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

RUU Antilompat Parti: Pembangkang hargai kesungguhan PM

Mesti Baca

USAHA kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersungguh-sungguh menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dihargai ahli-ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menghormati memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Anwar (PKR – Port Dickson), Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membentang dan membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 hari ini menunjukkan bahawa MoU tersebut telah dihormati serta sampai pada tahap ‘menyenangkan’.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan menteri berkenaan kerana telah mengabil langkah menerima pandangan serta menghormati semangat yang kita meterai dalam MoU antara kerajaan dan PH.

“Ini perkara yang disepakati PH dan Kerajaan kita telah sampai tahap yang meyenangkan kerana isu ini memang menarik minat rakyat kerana ia menghormati mandat rakyat dan menolak apa-apa pengkhianatan terhadap mandat rakyat,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA – Muar) turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana berjaya menyatukan kerajaan dan pembangkan melalui usaha dwi partisan untuk mengangkat Akta Anti Lompat Parti.

Bagaimanapun, Syed Saddiq berharap, usaha tersebut tidak hanya terbantut kepada pelaksanaan akta itu sahaja tetapi perlu diteruskan dengan penggubalan Akta Pendanaan Politik.

“Ini penting supaya akhirnya kita dapat bersihkan Malaysia daripada politik wang, percaturan elit dan akhirnya dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat.

“Saya rasa Perdana Menteri berada di kedudukan terbaik, kebiasaannya seseorang itu benar-benar diuji semasa tempoh krisis dan ujian itu akan membuatkan negara ini lebih kukuh.

“Saya berharap Perdana Menteri dapat menyahut cabaran ini, tahniah, saya berharap pembaharuan ini akan terus dibawa kerana kita masih ada lagi untuk selamatkan Malaysia, bukan untuk parti politik tetapi untuk rakyatnya,” jelas beliau.

Mohamad Sabu (Amanah – Kota Raja) pula melahirkan kekesalan apabila ada laporan berhubung isu protokol ketika Perdana Menteri melawat UAE, baru-baru ini.

Advertisements

“Walaupun Perdana Menteri ini adalah hasil daripada lompat tetapi beliau tetap Perdana Menteri, mesti dihormati.

“Tak boleh dibuat seperti itu semasa berada di Dubai dan menteri berkenaan mesti bertanggungjawab,” katanya.

Anthony Loke Siew Fook (DAP – Seremban) pula berkata, Perdana Menteri turut bersetuju bahawa Perkara 10 (3) (a) perlu diperhalusi dengan meletakkan perkataan lebih khusus untuk menyekat hanya untuk Akta Anti Lompat Parti serta tidak menjurus kepada perkara lain.

Bagi Ahmad Fadhli Shaari (Pas – Pasir Mas) sokongan yang diberikan oleh pembangkang terhadap penggubalan Akta Anti Lompat Parti hari ini menunjukkan bahawa kestabilan politik boleh dicapai dengan rundingan, tidak perlu sehingga untuk mengadakan pilihan raya.

Kata beliau, keputusan besar boleh dicapai apabila kerajaan dan pembangkang berjaya mengadakan rundingan.

“Satu perkara yang menjadi rekod dalam sejarah bagaimana kerajaan hari ini yang berada dalam majoriti tipis boleh mengadakan rundingan begitu baik dengan pembangkang dan bagaimana pembangkang dengan hati terbuka telah pun bertindak memberi sokongan terhadap apa yang dibentangkan oleh kerajaan.

“Perdana Menteri pada hari ini perlu kekal sehingga akhir penggal bagi memberi laluan kepada agenda penting untuk rakyat dan tidak tunduk kepada usaha mengadakan pilihan raya dengan segera kerana tak memberi manfaat kepada negara,” katanya.

Pembentangan dan perbahasan hari ini membabitkan penggubalan punca kuasa bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Bagaimanapun, RUU Perlembagaan (Pindaan) berhubung Antilompat Parti yang dijadualkan dibentang, dibahas dan diluluskan pada mesyuarat khas kali ini, ditangguhkan ke satu lagi Sidang Khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.

Seramai 65 orang ahli Parlimen terlibat sebagai pembahas Sidang Khas Parlimen Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan