24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

MKT UMNO bijak menilai kehendak rakyat – Pemuda Kelantan

Mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bijak menilai kehendak rakyat aoabila mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Shahrul Fadhel Mohd Aziz berkata, ini kerana cabaran politik baharu masa kini amat dinamik dan memerlukan setiap keputusan itu berpaksi kepada kehendak rakyat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian berkata, rakyat sentiasa menilai setiap gerak-geri parti dan PRU-15 bakal menjadi medan yang di luar daripada kebiasaan mana-mana pilihan raya umum sebelum ini.

“Alhamdullillah… syukur kepada Allah SWT, seperti yang sepatutnya MKT UMNO sebulat suara meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon PM untuk menghadapi PRU-15 akan datang.

“Saya dan seluruh akar umbi Pemuda UMNO Kubang Kerian menyokong penuh keputusan MKT yang dilihat amat bijak menilai kehendak rakyat Malaysia,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Shahrul Fadhel berkata, Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri masa kini adalah pemimpin yang terbukti berjaya memimpin Kabinet untuk mengharungi cabaran getir politik baharu yang berbagai rencam serta berjaya membawa kestabilan kepada kerajaan pascapandemik Covid-19.

Advertisements

Beliau turut meluahkan keyakinan bahawa baik Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) masih lagi bergelut untuk menamakan calon Perdana Menteri masing-masing.

Ini kerana, menurutnya, kedua-dua gabungan parti tersebut yang menjadi seterus Barisan Nasional (BN) tidak mampu untuk menstabilkan pakatan mereka sendiri.

“…dan mana mungkin nanti mampu menstabilkan kehidupan rakyat,” katanya.

Dalam mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebulat suara menyokong Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO untuk mengetuai pentadbiran negara selepas PRU-15.

Keputusan UMNO menamakan Ismail Sabri itu sekali gus menamatkan dakyah pembangkang sebelum ini konon parti itu cuba mengangkat pemimpin didakwa “kluster mahkamah” sebagai Perdana Menteri.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan