25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 29, 2022

Ismail Sabri bersyukur, berterima kasih kepada Zahid, MKT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob bersyukur dan berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Perdana Menteri, keputusan yang dibuat itu melambangkan bahawa parti tersebut kekal terus bersatu dalam kalangan ahlinya tanpa berbelah bahagi.

“Saya bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden, Timbalan Presiden, semua ahli MKT (kerana) sebulat suara menyokong saya sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU-15, jika Barisan Nasional (BN) menguasai pilihan raya.

“Ini menunjukkan bahawa, UMNO ini terus bersatu walaupun macam-macam pihak mengaitkan kumpulan-kumpulan (dalam UMNO) dan sebagainya.

“Tetapi, keputusan semalam jelas menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan oleh masyarakat adalah tidak benar,” katanya kepada media ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini, lapor Astro Awani.

Baca juga:   PM, rakyat Malaysia ucap takziah kepada keluarga Rayan

UMNO semalam mengeluarkan kenyataan bahawa MKT sebulat suara mencadangkan agar Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai calon Perdana Menteri dalam menghadapi PRU-15 kelak.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri berkata, beliau akur dengan keputusan yang dibuat MKT UMNO untuk menamatkan perjanjian yang dimeterai dengan pihak pembangkang menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dijadual berakhir Julai ini.

“Kita akan tengok. Biasanya keputusan oleh MKT itu perlu diikuti. Bagaimanapun, mungkin bulan tujuh (Julai) ini, kalau berlaku apa-apa, saya perlu bawa ke MKT semula.

Baca juga:   Pindaan perlembagaan Undi 18 dalam tempoh terdekat

“Dan saya selaku Naib Presiden UMNO tentu sahaja tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh MKT. Bagaimanapun, ia keputusan untuk selepas 31 Julai nanti,” katanya.

Terkini

PM doakan Pandelela terus tambah pingat di Budapest

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan meriah pingat gangsa...

Lagi Artikel Berkaitan