26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Mayat lelaki dalam keadaan ngeri ditemukan di ladang sawit

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang lelaki ditemukan dalam keadaan mengerikan dipercayai dibunuh dengan luka diperut, usus terkeluar dan tangan diikat dengan kabel di sebuah ladang kelapa sawit di Sepang, Selangor hari ini.

Mayat tanpa identiti itu ditemukan pukul 8.50 pagi tadi kira-kira 50 meter dari Jalan Sepang-Salak berhampiran sebuah pondok di ladang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta pelitup muka di dagu.

Beliau berkata, si mati berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, tiada kesan BCG pada bahu dan pemeriksaan lanjut juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

“Pemeriksaan pada tubuh si mati mendapati ada kecederaan pada bahagian perut kanan dan kiri selain usus terkeluar serta luka di bahagian zakar.

Baca juga:   Macam medan perang, kereta hancur meletup dipanah petir

“Lokasi mayat ditemui pula tiada penempatan dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta berhampiran dengan daerah Nilai, Negeri Sembilan serta ada akses jalan antara daerah.

“Pemeriksaan dalam radius 50 meter daripada lokasi mayat ditemui oleh unit anjing pengesan (K9) juga tidak menjumpai apa-apa petunjuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya turut menemui satu unit sarung sabit, tiga puntung rokok, gumpalan rambut dan kesan darah berhampiran mayat.

Wan Kamarul berkata, semakan terhadap pekerja kontraktor binaan jalan di Sepang-Salak mendapati, mangsa kali terakhir dalam keadaan baik pukul 9 malam semalam.

Baca juga:   Malaysia beli bekalan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 5-12 tahun

“Polis meminta bantuan orang ramai yang kehilangan anggota keluarga, segera tampil memberikan bantuan kepada pihak polis,”katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.-Edisi 9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan