26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Allahu, bubur kacang untuk sedekah diletakkan selipar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki hari ini terkilan dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab yang meletakkan selipar di dalam bekas bubur kacang yang mahu disedekahkannya.

Lebih memilukan bubur kacang tersebut dibawa dari Tanjung Sedili, Kota Tinggi untuk diagihkan kepada pelanggan kedainya di Johor Bahru.

Melalui rakaman video, lelaki yang menggunakan nama @ashhryyyyy itu berkongsi kepada orang ramai bagaimana keadaan dua bekas bubur kacangnya yang mengandungi beberapa pasang selipar.

“Jauh perjalanan setiap hari dari Tanjung Sedili ke bandar Johor (Bahru) untuk bagi pelanggan rasa percuma.

“Tak tahu mana silap, sayang sangat, rasa sedih sebab buka sahaja penutup bekas ada selipar dalamnya, tak tahu siapa yang buat macam ini,” luahnya yang rakaman video itu tular dalam media sosial.

Menurut lelaki tersebut, sebagai kebiasaan kakaknya akan menghasilkan satu bekas bubur kacang atau pulut hitam untuk disedekahkan kepada pelanggan yang datang ke kedainya sepanjang bulan Ramadan.

Baca juga:   Warga emas maut dalam perjalanan balik rumah

Bagaimanapun, pada hari ini nasibnya malang apabila bekas bubur kacang untuk disedekahkan itu menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut sebak dan simpati terhadap nasib lelaki itu.

Dalam pada itu, mereka juga berharap serta mendoakan agar dia tabah menerima ujian tersebut dan akan digantikan dengan rezeki yang lebih luas.

Kata seorang pelayar, Ya Allah, jahatnya siapa buat macam ini, makanan dalam itu.

Baca juga:   Ismail Sabri sah tidak pertahan jawatan Naib Presiden

“Moga Allah akan ganti rezeki yang luas, tak apa, Allah tahu niat baik awak,” kata seorang warganet.

Seorang lagi warganet berkata, masih ramau yang busuk hati melihat kesenangan orang lain walaupun niatnya untuk membantu.

“Moga Allah beri balasan kepada mereka yang suka menyusahkan orang lain,”ujarnya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan