30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dua juta belia dapat manfaat ePemula – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN belia yang layak menerima inisiatif ePemula diseru supaya berbelanja dengan bijak yang seterusnya dapat menyokong perniagaan pengusaha tempatan terutamanya usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kredit RM150 tersebut membolehkan PMKS secara fizikal selepas terjejas akibat pandemik COVID-19 pulih sepenuhnya.

“Sekiranya lebih banyak perniagaan pulih, negara dapat memperoleh lebih banyak hasil sekaligus lebih ramai rakyat terutamanya golongan B40 boleh dibantu.

“Bagi pembeli pula, mereka tidak perlu lagi membawa dompet atau beg duit fizikal apabila sumber kewangan sentiasa ada dalam aplikasi e-dompet masing-masing,” katanya dalam ucapan majlis pelancaran ePemula hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Secara keseluruhan, kata beliau, kerajaan yakin bahawa program seperti ePemula ini akan terus memperkasa dan membudayakan sistem kewangan digital bagi memastikan kemajuan yang inklusif buat semua lapisan rakyat dan perniagaan.

Ismail berkata, program ePemula adalah memupuk budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia di samping meringankan beban kewangan belia.

“Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi inisiatif ini dan ia dijangka memanfaatkan seramai dua juta orang belia seluruh negara,” katanya.

Menerusi program itu, belia yang layak akan mendapat kredit sebanyak RM150 dalam e-dompet pilihan mereka, iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay atau Touch ‘n Go eWallet yang mula boleh disemak sejak 11 April lalu.

Pada masa sama, Perdana Menteri menyarankan kesemua usahawan, khasnya PMKS supaya mengamalkan urus niaga tanpa tunai terutamanya ketika fasa peralihan ke endemik untuk membolehkan Keluarga Malaysia melakukan transaksi di kedai-kedai fizikal secara mudah, cepat dan lebih selamat.

“Bagi pembeli pula, mereka tidak perlu lagi membawa dompet atau beg duit fizikal apabila sumber kewangan sentiasa ada dalam aplikasi e-dompet masing-masing,”katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kapasiti dan keupayaan belia akan dipertingkatkan bagi melahirkan pekerja mahir dan semangat patriotik serta tanggungjawab kepada negara juga akan dipupuk.

Sehubungan itu, katanya, Akademi Pembangunan Belia Malaysia dan beberapa Kompleks Belia dan Sukan akan dinaik taraf, manakala pusat belia wilayah yang pertama di Malaysia akan dibina bagi merancakkan lagi program dan aktiviti belia.

Buat masa ini, melalui Bajet 2022, secara keseluruhan, sekurang-kurangnya RM1.2 bilion diperuntukkan untuk pelbagai inisiatif bagi memanfaatkan golongan belia, seperti PerantiSiswa Keluarga Malaysia melibatkan kos RM450 juta.

“Ia akan diagih mulai Jun ini dan dijamin berkualiti tinggi dari jenama terkenal, bakal memanfaatkan kira-kira 350,000 mahasiswa yang mengikuti pengajian seperti diploma dan Ijazah Sarjana Muda, bagi membantu mereka mengikuti aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet untuk tujuan penyelidikan dan sebagainya,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan