27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bukti kesepakatan, nilai muafakat pucuk pimpinan UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merupakan bukti wujud kesepakatan dan nilai muafakat pucuk pimpinan parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, keputusan tersebut merupakan tindakan yang sangat terpuji terutama oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mempunyai jiwa yang cukup besar.

Menurutnya, Ahmad Zahid menjadi seorang pemimpin yang hebat apabila terbukti berjaya memandu semua ahli mesyuarat memberi satu keputusan muktamad demi masa depan parti dan negara.

“Justeru, ayuh, kita semua yang setia bersama UMNO ini harus mempertahankan perjuangan dan mengukuhkan kesepaduan parti keramat ini.

“Seperti ahli-ahli yang lain, pucuk pimpinan juga mendambakan parti yang mempunyai satu nilai kesepakatan yang tinggi, dan bersatu hati dalam membuat apa jua keputusan terutama dalam menghadapi peperangan besar yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis serta Ketua UMNO Bahagian Lipis mengajak semua pemimpin dan akar umbi untuk sama-sama bermuafakat agar UMNO kembali menjadi parti yang disayangi rakyat, digeruni musuh dan disanjungi taulan.

“Sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO saya menyambut baik dan berpegang dengan keputusan parti dengan satu tujuan iaitu mengekalkan UMNO sebagai parti yang bakal menjadi tonggak utama dalam membentuk kerajaan pasca PRU-15 yang akan datang, dalam membela masa depan agama, bangsa dan negara, InsyaAllah,” kongsinya.

Malam tadi MKT UMNO dipengerusikan oleh Ahmad Zahid sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi pilihan raya umum nanti.

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan