26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

MPN yakin pemulihan ekonomi negara kembali rancak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) yakin proses pemulihan ekonomi negara akan kembali rancak dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, prosedur operasi standard (SOP) untuk pengembara yang dipermudah akan menggalakkan lebih ramai pelancong kembali mengunjungi negara ini.

“Difahamkan 50 syarikat penerbangan kembali mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ini merupakan petanda baik.

“Pelawat juga lebih 250,000 orang sehingga hari ini tapi jumlah itu masih rendah daripada sasaran.

Advertisements

“Bagaimanapun, kita tidak boleh jangka dua minggu mencacak naik, setelah negara ditutup kepada dunia sekian lama.

“Proses itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun sebelum negara pulih seperti dahulu,” katanya kepada media selepas meninjau situasi di KLIA hari ini.

Muhyiddin berkata, sektor pelancongan yang menyumbang RM80 bilion setahun kepada negara, adalah antara yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19.

“Justeru itu, satu taklimat akan diadakan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi meneliti proses pemulihan sektor itu yang dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk kembali pulih,” katanya.

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan