34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kertas putih reformasi sistem kesihatan akan dibawa ke Parlimen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sedang menyediakan kertas putih berhubung reformasi sistem kesihatan negara untuk dibentangkan di Parlimen.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dokumen ini sedang dibangunkan dan akan dibentang di Parlimen tidak lama lagi agar segala saranan serta reformasi kesihatan yang dirancang kalis masa depan.

“Ini bermakna segala saranan dan reformasi kesihatan akan tetap dilaksanakan tidak kira siapa yang menerajui kementerian ini pada masa depan,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KKM 2021 di sini hari ini.

Justeru menjadi harapan beliau agar segala perkhidmatan KKM kepada pelanggan, skop tugasan dan kebajikan warga KKM dapat ditambah baik.

Beliau berkata, kertas putih yang dibangunkan setelah dicadangkan pada 15 Jan lepas diharap mendapat sokongan bipartisan apabila dibentangkan di Parlimen nanti.

Menyentuh peranan warga KKM di semua kemudahan kesihatan kerajaan, Khairy berkata selaras dengan slogan ‘Kami Sedia Membantu’, semua pihak perlu menjalankan tugas sebaik mungkin serta bersedia untuk berhadapan dengan perubahan persekitaran.

“Kita (warga KKM) tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian.

“Jangkaan pelanggan (rakyat) terhadap perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi dan kita perlu melaksanakan pembaharuan berterusan agar memenuhi permintaan dan harapan rakyat,” katanya. – Bernama

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan