31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Pensyarah perlekeh B40 direhatkan daripada bertugas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENSYARAH Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tular dalam media sosial susulan didakwa memperlekehkan mahasiswa B40, direhatkan daripada tugasan mengajar di universiti itu, berkuat kuasa hari ini.

UiTM dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mengadakan mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Abu Shah malam tadi.

“Profesor Roshana Takim direhatkan daripada tugasan pengajaran mulai 1 April sehingga siasatan lengkap dilaksanakan oleh UiTM.

“Keputusan ini dibuat bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur,” kata kenyataan itu hari ini.

UiTM turut menegaskan pihaknya memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak, yang boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warganya.

“UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan pelajarnya.

Baca juga:   Penjawat awam minta habuan RM100,000 dicekup SPRM

“Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.

“Penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan,” jelas kenyataan itu.

Kelmarin tular satu rakaman kelas dalam talian yang memaparkan seorang pensyarah memarahi pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba, selain turut mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur sindiran terhadap golongan B40.

Baca juga:   UiTM akan ambil tindakan terhadap pensyarah

Semalam, UiTM membuat laporan polis selepas laporan kronologi yang disediakan universiti itu mengenai insiden berkenaan disebarkan oleh pihak tertentu dalam media sosial.

Naib Canselornya, Prof Datuk Roziah Mohd Janor dilaporkan berkata, laporan polis itu dibuat bagi melindungi mahasiswa dan kakitangannya.

Laporan kronologi itu bukan sahaja mempunyai laporan siasatan kes tersebut tetapi turut terdapat senarai nama mahasiswa yang membantu siasatan, termasuk maklumat peribadi mereka.

Wartawan

Terkini

Malaysia-Singapura bincang kerjasama dua hala

HUBUNGAN dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Lagi Artikel Berkaitan