29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Syukur alhamdulillah, solat Jumaat kembali rapat saf

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

“SYUKUR alhamdulilah,” ringkas namun padat pengertiannya yang dikongsikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas solat Jumaat dirapatkan kembali safnya mulai hari ini.

JAKIM dalam satu hantaran di Facebook mendoakan semoga semuanya beroleh rahmat Allah.

“Syukur alhamdulillah, beginilah suasana solat Jumaat di Masjid Utama JAKIM. Semoga beroleh rahmat Allah,” kata Jakim hari ini.

Susulan peralihan dari pandemik ke fasa peralihan endemik mulai hari ini, sembilan negeri dan tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya membenarkan solat jemaah diadakan tanpa penjarakan fizikal di masjid dan surau.

Negeri lain yang turut membenarkan langkah berkenaan ialah Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Perak, dan Sarawak.

Manakala, negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Johor juga tidak terkecuali merapatkan saf dengan cara merapatkan sejadah.

Bagi negeri Perlis, negeri berkenaan telah mula menjalankan pengimarahan masjid dengan melaksanakan solat fardu secara berjemaah dengan saf dirapatkan bermula 8 Januari.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan