23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

‘Hauk’ ditujukan kepada penciplak jenama saya – Jovian

Turut mendakwa kerja-kerja menciplak produk jenamanya dilakukan oleh mafia.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARA-gara menggunakan perkataan ‘hauk’, bagi menggambarkan tahap kualiti rendah pelitup muka jenama lain dalam pasaran, pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dikecam hebat oleh netizen sejak beberapa hari lepas.

Ini semuanya bermula selepas beliau membuat kenyataan berkaitan isu pelitup muka perlu mendapat perakuan SIRIM.

Ekoran itu, usahawan yang juga menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberikan penjelasan isu berkaitan menerusi hantaran dalam Instagram beliau.

Katanya, beliau ingin jelaskan mengenai isu pelitup muka ‘hauk’ tempoh hari.

“Banyak yang salah faham, apa yang dimaksudkan itu ialah pelitup muka Jovian mask tiruan yang berleluasa di pasaran.

“Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka yang lain di pasaran. Lebih dua tahun pelitup muka tiruan yang menggunakan jenama saya berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna,” katanya.

Baca juga:   [VIDEO] Bomba lemas dibawa arus deras meninggal dunia

Jelasnya, istilah ‘hauk’ yang digunakan beliau sebelum ini ditujukan kepada penciplak terbabit yang disifatkan mengambil keuntungan atas angin menerusi syarikatnya.

Antara produk pelitup muka jenama Jovian yang ada dalam pasaran.

“Saya rasa sesuai la gunakan istilah ‘hauk’ itu pada mereka ini. Ini semua kerja mafia!. Tapi kalau ada yang tersinggung dengan kenyataan saya, tak ada niat nak mengguris hati anda.

“Isu SIRIM ini bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. Apabila ia dilaksanakan, kosnya akan ditanggung oleh penjual. Daripada mana pula saya akan dapat untung lebih,” katanya.

Baca juga:   Kanak-kanak terselamat terjatuh dari tingkat empat bangunan

Dalam pada itu, Jovian mengingatkan orang ramai supaya menjaga tutur kata dan mengelakkan diri daripada mengeluarkan perkataan cacian mahupun menabur fitnah ke atas perniagaannya.

Katanya lagi, jenama Jovian sudah berada di pasaran sejak 15 tahun lalu, dan semakin berkembang atas reputasi dan kualiti.

“Saya harap isu ini habis di sini, siapa yang dah menyumpah saya lain kali selidik dan tanya dulu. Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.

Dalam pada itu, tular sebuah video memperlihatkan pelitup muka keluaran Jovian terputus talinya ketika bersiaran langsung.

Menerusi video durasi pendek itu, menyaksikan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku duta produk berkenaan cuba memakai pelitup muka tersebut.

Baca juga:   Tak pakai pelitup muka, pertimbang kuat kuasa Akta 342 - KJ

Namun perkara tidak terjangka berlaku, apabila talinya terputus ketika hendak disarungkan. – Edisi 9

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan