23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Gaji minimum RM1,500 tetap dilaksanakan 1 Mei

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMETERIAN Sumber Manusia (KSM) menegaskan gaji minimum RM1,500 akan tetap dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei ini walaupun terdapat permintaan daripada majikan supaya ia ditangguhkan.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, pelaksanaan kadar baharu itu sudah dikaji secara mendalam dan pihaknya tidak akan membuat pusingan U hanya semata-mata kerana didesak pihak majikan tertentu.

Menurutnya, bantahan majikan terhadap kenaikan kadar gaji minimum bukan perkara baharu dan sentiasa disuarakan setiap kali kadar baharu diumumkan.

Beliau berkata peningkatan itu selaras dengan tuntutan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

“Perdana Menteri sudah umum 1 Mei adalah hari pelaksanaan gaji minimum sebagai penghargaan kepada golongan pekerja. Ini telah dikaji secara mendalam dan perkara ini selari dengan negara lain.

“Kita akan tetap beri kelonggaran kepada beberapa sektor. Namun, kita lihat bila majikan setuju perkara ini? Majikan memang tak pernah setuju dengan kenaikan gaji.

Baca juga:   KSM terima 111,807 permohonan pekerja warga asing

“Jadi, ‘rain or shine’ (walau apa pun terjadi), gaji minimum RM1,500 akan tetap bermula pada 1 Mei. Saya tidak boleh ‘flip-flop’,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Pertubuhan Keselamatan Sosial dan MyQaseh di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang menyifatkan pelaksanaan gaji minimum pada 1 Mei ini tidak kena pada masanya, serta mendakwa ia masih belum diwartakan setakat ini.

Baca juga:   KKM diminta senaraikan anak kematian ibu bapa akibat Covid

Ujar Saravanan lagi, gesaan pihak industri mengenai kelonggaran pelaksanaan gaji minimum tidak boleh diberikan kepada terlalu banyak sektor, kerana ia akan menjejaskan matlamat untuk membela rakyat.

“Apabila saya umumkan sedikit kelonggaran untuk beberapa sektor seperti kerja kampung, syarikat yang kurang daripada lima pekerja dan syarikat yang berdepan kerugian besar seperti sektor perhotelan dan pelancongan, ramai pula nak ambil kesempatan.

“Ini tidak akan memanfaatkan rakyat. Saya pelik bila orang beri alasan ekonomi tidak bagus (untuk tangguh gaji minimum), tapi permintaan pekerja asing dah lebih 500,000.

“Setakat ini, sebanyak 519,937 permohonan pekerja warga asing sudah diterima, ini belum masuk fasa kedua. Maksudnya ekonomi Malaysia bagus,” katanya.

-EDISI9

Terkini

MBM sokong kenyataan PM gelar Israel sebuah negara Aparteid

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyokong sepenuhnya kenyataan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)...

Lagi Artikel Berkaitan