31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Perlaksanaan gaji minimum majikan kurang 5 pekerja ditangguh

Penangguhan tambahan enam bulan diharap dapat memberi peluang majikan untuk menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKSANAAN gaji minimum RM1,500 bagi kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang daripada lima orang yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari ini ditangguhkan kepada 1 Julai 2023.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, ini selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada tahun hadapan.

Menurutnya, Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 telah berkuatkuasa mulai 1 Mei lalu dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

“Manakala, bagi semua majikan yang menggajikan kurang dari lima orang pekerja, telah diberi pengecualian dan pelaksanaan PGM 2022 sebanyak RM1,500 sebulan berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

“Namun, setelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang dari lima (5) orang, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan kuat kuasa Gaji Minimum RM1,500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

sivakumar
V. SIVAKUMAR

Ujar Sivakumar lagi, penangguhan tambahan enam bulan berkenaan diharap dapat memberi peluang kepada majikan untuk menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan yang sedikit sebanyak akan membantu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat-syarikat yang menggajikan kurang daripada lima pekerja.

Malah menurutnya, majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih dan tanpa mengira jumlah pekerja, majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Clasiffication of Occupation, MASCO) masih perlu meneruskan pembayaran gaji minimum sebanyak RM1,500 bermula pada 1 Mei lalu.

“Justeru, majikan yang tidak terlibat dengan penangguhan ini hendaklah terus mematuhi pelaksanaan PGM dengan membayar gaji minimum RM 1,500 sebulan kepada pekerja. Akhir sekali, KSM berharap penangguhan ini diterima baik oleh semua pihak,” katanya

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan