25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

2 bot nelayan bersama 10 kru warga asing ditahan

Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MARITIM Malaysia Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan dan sebuah bot nelayan Indonesia pada 22 dan 24 Disember lalu serta menahan 11 kru yang terdiri daripada warga asing.

Agensi penguat kuasa itu berkata, kapal ronda Maritim Malaysia telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 14 batu nautika barat Pulau Kendi sekitar jam 4.17 petang pada 22 Disember.

“Manakala sebuah bot nelayan Indonesia pula ditahan pada kedudukan 52 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada sekitar jam 12.10 tengahari, 24 Disember dalam rondaan Op Tanjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maritim Malaysia berkata, hasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Pulau Pangkor, Perak itu dikendalikan oleh lima kru pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya, mereka terdiri daripada tiga warga Myanmar dan dua warga Thailand yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 19 hingga 52 tahun.

Maritim Malaysia Pulau Pinang menahan bot nelayan tempatan bersama lima awak-awak terdiri daripada pendatang asing tanpa izin. – Sumber: Maritim Malaysia

Katanya, mereka juga didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta permit bekerja.

Sementara itu, hasil pemeriksaan ke atas bot nelayan asing yang berpangkalan di Belawan, Indonesia pula dikendalikan oleh lima kru warga Indonesia berumur lingkungan 24 hingga 42 tahun.

“Kesemua mereka didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia,” katanya.

Agensi itu berkata, kesemua yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah..

Jelas kenyataan itu, kedua-dua bot serta kesemua kru ditahan dibawa di Jeti Limbongan Batu Maung sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan