24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Anthony arah Malindo Air mohon maaf kepada penumpang

Penumpang ‘naik angin’ apabila dikatakan terpaksa menunggu selama lapan jam kerana pesawat tergendala.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengarahkan syarikat penerbangan Malindo Air (Batik Air Malaysia) memohon maaf kepada penumpang yang terjejas ekoran penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching tergendala lebih lapan jam baru-baru ini.

Arahan itu dikeluarkan selepas beliau menerima aduan daripada salah seorang penumpang penerbangan tersebut, Mohd Firdaus Jailan yang tidak berpuas hati dengan layanan setelah penerbangan yang sepatutnya berangkat pukul 11 malam tetapi ditangguhkan sehingga 6 pagi esoknya.

“Salam Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair. Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya menerusi twitternya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa penumpang ‘naik angin’ apabila dikatakan terpaksa menunggu selama lapan jam kerana pesawat tergendala pada 23 Disember lalu.

Advertisements

Difahamkan, penumpang-penumpang tersebut sepatutnya berlepas ke Kuching, Sarawak pada pukul 11 malam, tetapi ditangguhkan sehingga pukul 6 pagi.

Salah seorang penumpang itu yang dikenali sebagai Mohd. Firdaus Jailan dalam satu video berlainan berkata, penumpang tidak disediakan tempat penginapan malah makanan atau minuman juga tidak diberikan.

Beliau kemudiannya telah meminta Anthony melakukan tindakan segera terhadap sikap pengurusan penerbangan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan