36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bekalan air 472 kawasan di Lembah Klang pulih sepenuhnya

Bekalan air telah pulih pukul 12 tengah malam tadi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKALAN air di 472 kawasan melibatkan lima wilayah sekitar Lembah Klang yang sebelum ini terjejas sejak Sabtu lalu, telah pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa bekalan air telah pulih pukul 12 tengah malam tadi.

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air bagi 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan) yang terjejas telah pulih sepenuhnya.

“Berikutan itu, Air Selangor menzahirkan penghargaan kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Sabtu lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas akibat dari tumpahan kira-kira 1,000 liter pati minyak wangi.

Ini berpunca daripada kemalangan sebuah lori yang membawa muatan bahan tersebut di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan