26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

Kanak-kanak mati didera lima rakan kakak

Polis menahan lima individu terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENYAYAT hati. Itulah kejadian yang berlaku ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia dipercayai selepas didera lima rakan kakaknya di sebuah rumah di Senggarang, Batu Pahat pada Jumaat.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang Jumaat.

“Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menahan lima warga tempatan antara jam 12 tengah hari hingga 9.45 malam Sabtu kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.

Baca juga:   Varian Omicron semakin hampiri Malaysia - Dr Noor Azmi

“Mereka terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun.

“Mangsa telah dijaga oleh kakak kandungnya setelah ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah. Kemudian mangsa diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan pihak polis merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa di sebuah rumah di Senggarang.

Katanya, mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak Jumaat disahkan sudah meninggal dunia pada jam 6.40 petang Isnin.

“Pada awalnya kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.

Baca juga:   Jururawat didakwa dera bayi 8 bulan hingga mati

“Namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Wanita dituduh bunuh bekas suami di ladang kelapa sawit

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan