24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kanak-kanak didera terima rawatan di hospital – KPWKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun yang menjadi mangsa dera di Desa Rejang baru-baru ini sedang menerima rawatan di hospital.

Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital bersama ibu bagi menerima rawatan dan berada dalam keadaan selamat.

Katanya, Kementerian dimaklumkan bahawa suspek kini dalam tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan yakin bahawa siasatan terperinci terhadap pesalah kes penderaan dan salah laku terhadap kanak-kanak ini akan dijalankan.

“KPWKM memandang serius kes penderaan seorang kanak-kanak berusia dua tahun oleh orang yang dikenali sepertimana yang tular di laman media sosial baru-baru ini.

“Kementerian dimaklumkan bahawa suspek kini dalam tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan yakin bahawa siasatan terperinci terhadap pesalah kes penderaan dan salah laku terhadap kanak-kanak ini akan dijalankan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

KPWKM berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan hak dan kebajikan kanak-kanak selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001. 

“Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua Jabatan serta Agensi di bawah KPWKM akan terus memberikan pemeliharaan dan pelindungan sewajarnya kepada kanak-kanak.

“Ini termasuk meningkatkan kesedaran dalam usaha melindungi kanak-kanak melalui kerjasama dengan pelbagai pihak,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes penderaan boleh terus menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau nombor WhatsApp 019-261 5999 atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat bagi mendapatkan bantuan segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan