27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

UMNO bukan mengkarung politik – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu bukan mengkarung politik yang tidak tetap pendirian dan sering berubah-ubah mengikut keadaan.

Beliau berkata, parti keramat itu tetap akan mempertahankan empat perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita biasa mendengar ayat-ayat Allah dijadikan sandaran untuk mereka yang mengeluarkan pelbagai fatwa politik demi mengikut kepentingan politik sempit mereka.

“Dalam soal Melayu juga kita mendengar fatwa politik ‘assabiah’. Merekalah kononnya penyelamat Islam dan Melayu. Dalam soal hudud, kita pernah dikafirkan dan kemudian atas kepentingan dan kerakusan politik mereka, disebut pula hudud bukan keutamaan.

“Semasa mereka berada di dalam kerajaan, mana perginya agenda Akta RUU355 (Rang Undang-undang), mana dia?” soal Ahmad Zahid ketika memberikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2023.

Perhimpunan tahunan itu dianjurkan dari 7 Jun dan akan berakhir esok dan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, golongan yang memperdagangkan ayat-ayat Allah berselindung di sebalik kepentingan politik sempit mereka.

“Benarlah, mereka adalah mengkarung politik yang bukan sahaja berubah warna dan wajah tetapi lebih dahsyat, parti itu seolah-olah pemegang neraca di Yaumul Mahsyar,” tegasnya.

Beliau berkata, kita juga biasa mendengar tuduhan bahawa orang UMNO kononnya berselindung di sebalik bumiputera akan tetapi tidak sampai pun dua tahun dia berkuasa.

“Bumiputera yang kononnya menjadi agenda perjuanagan mereka telah di ‘Jana Wibawakan.

“Inilah ciri-citi pengkhianat yang membalut dirinya dengan slogan bersih dan stabil,” katanya. – Edisi 9

Terkini

44 rumah baharu dibina untuk veteran ATM

KEMENTERIAN Pertahanan telah meluluskan sebanyak 44 permohonan bina baharu dan 177 permohonan baik pulih rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan