27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

ACF 2023 bincang tangani jenayah rentas sempadan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

FORUM Pengawal Pantai ASEAN 2023 (ACF 2023) yang diadakan di Jakarta, Indonesia membincangkan menangani isu jenayah rentas sempadan antara negara ASEAN.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, forum itu turut membahaskan jalinan kerjasama erat antara badan penguat kuasa maritim dan pengawal pantai dalam kalangan negara ASEAN.

ACF 2023 dianjurkan Badan Keamanan Laut (Bakamla), Indonesia sejak 6 Jun lalu hingga hari ini merupakan forum kali ke dua diadakan setelah forum pertama yang diadakan di Bali pada 22 hingga 24 November tahun lalu.

Turut hadir Pengarah Maritim Sabah, Laksamana Pertama (M) Datuk Mohd. Rosli Abdullah dan Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria.

Beliau berkata, forum itu dihadiri enam pimpinan tertinggi badan penguat kuasa maritim negara-negara ASEAN iatu Malaysia, Indonesia selaku tuan rumah, Filipina, Thailand, Singapura, dan Brunei.

“ACF 2023 berjaya dilaksanakan dengan baik oleh Indonesia selaku tuan rumah dan Filipina pula dipilih bagi penganjuran ACF 2024 pada tahun hadapan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

OP Jamin diteruskan, atasi kekurangan bekalan beras tempatan

PENGUATKUASAAN bersepadu melalui OP Jamin akan diteruskan bagi mengatasi kekurangan bekalan beras tempatan dengan segera dan seterusnya dapat dipulihkan,"kata...

Lagi Artikel Berkaitan