28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

SIRIM mahu pastikan produk berkualiti, selamat kepada pengguna

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UJIAN dan pensijilan SIRIM QAS International bagi pelitup muka bukan perubatan adalah seiring dengan komitmen organisasi itu untuk memastikan produk berkualiti dan selamat kepada pengguna.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad, berkata tanda MS SIRIM melalui ujian dan proses pengauditan teliti yang dijalankan bagi produk yang dihasilkan atau dijual di Malaysia adalah bagi menjamin keselamatan seterusnya kualiti untuk memelihara kepentingan pengguna.

“Ini termasuk menentukan ia mampu melindungi pemakai daripada jangkitan selain selesa untuk dipakai dan mudah bernafas.

“Semua standard ini menetapkan pelitup muka bukan perubatan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 70 peratus kadar kecekapan penapisan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Advertisements

SIRIM QAS International menjalankan ujian berdasarkan standard SIRIM 40, CWA 17553, AFNOR SPEC S76-001, MS 2323 atau BS EN 149, untuk mengukur fungsi, kualiti dan keselamatan pelitup muka bukan perubatan.

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan bermula 1 Januari 2023, pelitup muka bukan perubatan memerlukan pensijilan dan label SIRIM sebelum dijual.

Arahan ini selaras dengan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 dan bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan, sama ada keluaran tempatan atau yang diimport, mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, katanya, SIRIM QAS International akan mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pengilang dan pemain industri berkaitan proses ujian dan pensijilan pelitup muka bukan perubatan,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan