30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Empat kru warga Myanmar ditahan, tangkap ikan secara haram

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan empat kru warga Myanmar termasuk tekong bot nelayan selepas gagal menunjukkan permit kerja yang sah ketika berada di perairan berhampiran Kuala Selangor, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor , Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim, kesemua ditahan juga gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan bot yang dinaiki mereka didapati melanggar syarat sah lesen.

“Bot kelas C itu berada pada kedudukan 27 batu nautika barat daya Kuala Selangor sekitar jam 3.30 petang dan ditahan ketika rondaan rutin penguatkuasaan di sekitar perairan Selangor.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot dikendalikan empat kru termasuk tekong warga Myanmar berusia lingkungan 24 hingga 45 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, ketika ditahan bot berkenaan sarat dengan hasil laut seberat 400 kilogram sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Pulau Indah untuk siasatan lanjut oleh pihak Maritim Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti penangkapan ikan di luar kawasan yang ditetapkan.

“Selain itu, keempat-empat kru berkenaan juga disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalandiri yang sah,”katanya.

Ujar beliau, Maritim Malaysia memandang serius terhadap operasi penguatkuasaan di laut dan akan mengambil tindakan tegas kepada setiap penjenayah yang melakukan aktiviti jenayah di sepanjang Zon Maritim Malaysia.

“Jika terdapat aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, sila hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 yang beroperasi secara 24 jam atau talian kecemasan MERS 999,”katanya.- Edisi 9

Terkini

Jarak bukan penghambat kemesraan menyambut Aidilfitri

Oleh DR AZMAWATY MOHAMAD NOR HARI Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan...

Lagi Artikel Berkaitan