26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Ahli astronomi ramal Ramadan dua kali setahun pada 2030

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam dijangka menyambut Ramadan dua kali setahun pada 2030.

Perkara itu dinyatakan ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq yang berkongsi ramalannya menerusi video disiarkan di akaun Twitter rasminya.

Memetik laporan Agensi Portal Alarabiya News, Khaled berkata, perkara itu berlaku disebabkan fakta kalendar Hijrah Islam berdasarkan kitaran bulan, manakala kalendar Gregory menandakan laluan bumi mengelilingi matahari.

Katanya, perbezaan antara dua-dua kalendar itu menyaksikan Ramadan jatuh dua kali dalam tahun Gregory, kira-kira setiap 30 tahun.

“Kali terakhir ia berlaku pada 1997 dan sebelum itu pada 1965. Ia berlaku lagi pada 2063.

“Pada tahun Hijrah 1451 Hijrah, Ramadan bermula pada 5 Januari 2030 dan pada 1452 Hijrah pula jatuh pada 26 Disember 2030,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Menurutnya, fakta itu menyaksikan umat Islam berpuasa 36 hari pada 2030.

Baca juga:   Pengarah ditahan SPRM buat tuntutan palsu RM2.4 juta

“Bulan penuh 30 hari untuk 1451 Hijrah dan enam hari untuk 1452 Hijrah.

“Tahun Hijrah berlangsung 354 atau 355 hari, bermakna ia tidak sejajar dengan kalendar Gregory sebanyak 365 hari.

“Ini bermakna Ramadan jatuh dalam musim berbeza setiap tahun dan berjalan dalam kitaran 32 tahun,” katanya.

Beliau turut meramalkan, Ramadan 1449 Hijrah yang bermula pada 2028 akan berlangsung pada pertengahan musim sejuk.

“Pada 1466 Hijrah, bersamaan dengan 2044, bulan suci bermula semasa kemuncak musim panas.

Baca juga:   Masjid Hagia Sophia, solat tarawih pertama selepas 88 tahun

“Puasa Ramadan diperhatikan dari matahari terbit hingga terbenam bermakna tempoh paling lama berpuasa berlaku apabila Ramadan pada musim panas dan paling pendek apabila ia jatuh pada musim sejuk,” katanya.

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan