25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

Penjawat awam keturunan Siam dapat cuti tanpa rekod – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENJAWAT awam berketurunan Siam diberikan cuti tanpa rekod sempena Perayaan Songkran hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan merupakan satu keistimewaan kepada mereka yang sama-sama berusaha untuk membangunkan negara.

“Anggaplah keistimewaan ini sebagai pengiktirafan kepada masyarakat Siam yang menjadi sebahagian daripada rakyat pribumi negara ini.

“Saya berharap seluruh masyarakat Siam dapat menggunakan perayaan ini bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim dengan sahabat handai serta jiran tetangga yang berbilang bangsa.

“Itulah asas kepada kesejahteraan yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Perdana Menteri turut mendoakan agar masyarakat Siam khasnya dan seluruh Keluarga Malaysia amnya terus berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa.

“Selamat menyambut Perayaan Songkran 2022 dan Tahun Baharu kepada Keluarga Malaysia keturunan Siam di seluruh negara.

Ujar beliau lagi, perayaan Songkran tahun ini disambut dalam suasana kita masih lagi perlu berhati-hati dengan ancaman Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan harian dan kegiatan ekonomi seluruh rakyat Malaysia serta penduduk dunia.

“Sama-samalah kita mendoakan agar keadaan kembali pulih seperti sediakala agar kita boleh menyambut perayaan ini dan perayaan rakyat Malaysia yang lain dengan lebih meriah lagi,” katanya. -EDISI9

Advertisements

Terkini

Akta Antilompat Parti wajar dikaji semula – Mohamad Hasan

AKTA Antilompat Parti wajar dikaji semula bagi mengatasi kelompongan sedia ada sekali gus menghalang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan