25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lelaki beraksi ‘stunt’ atas bonet kereta tidak siuman – Polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan ada menerima laporan berhubung video tular membabitkan seorang lelaki berada di atas bonet belakang kenderaan yang sedang bergerak di kilometer 210 Jalan Johor Bahru-Seremban, dekat Batu Anam, Segamat, Johor semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berkenaan berlaku pada 9 April lalu.

Beliau berkata, pemandu kenderaan ketika itu memandu kereta secara perlahan sebelum secara tiba-tiba muncul seorang lelaki dipercayai kurang siuman menaiki bahagian bonet belakang kenderaan berkenaan dan enggan turun.

“Bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga, pemandu berkenaan tidak memberhentikan kenderaan dan terus memandu di jalan raya.

“Beberapa kilometer selepas itu, lelaki kurang siuman berkenaan telah turun dari kenderaan ketika menghampiri lokasi Pekan Gemas.

“Untuk makluman, kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Video gelagat lelaki kurang siuman berdurasi satu minit 47 saat itu mendapat pelbagai reaksi dari warganet.

Ada yang mengaitkannya dengan pengambilan dadah sintetik sehingga bertindak sedemikian rupa.-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan