29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Covid-19: Kes sembuh atasi kes baharu, 190 kluster masih aktif

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BILANGAN kes sembuh harian sekali lagi mengatasi kes baharu apabila sebanyak 20,383 kes pulih daripada jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini jumlah keseluruhan kes pulih adalah 3,997,786 kes dengan kadar kesembuhan 94.4 peratus.

Menurutnya, kes harian Covid-19 di negara ini, semalam mencatatkan 14,692 kes baharu membabitkan 14,474 kes tempatan manakala 218 kes import.

“Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara mencecah 4,234,087 kes.

“Sebanyak 261 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 124 kes disahkan Covid-19 manakala 137 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Noor Hisham lagi, daripada keseluruhan kes harian semalam, kebanyakan pesakit dilaporkan pada kategori satu iaitu 8,557 kes diikuti 6,056 kes kategori dua manakala kategori tiga (27 kes), kategori empat (19 kes) dan kategori lima (33 kes).

Menurutnya, berdasarkan pecahan kes kategori tiga hingga lima, 19 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, menerima dua dos vaksin (42 kes) dan sudah menerima dos penggalak (18 kes).

“Pesakit dalam kategori berkenaan juga adalah kalangan berusia 60 tahun ke atas membabitkan 46 kes dan mempunyai komorbid pula 42 kes,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak dua kluster baharu dikesan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kluster meningkat kepada 6,940 dengan 190 kluster aktif dengan nilai kadar kebolehjangkitan 0.85.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan