28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KKM kesan beli juadah antara penyumbang keracunan makanan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kemungkinan besar peningkatan kes keracunan makanan tahun lalu disumbangkan oleh pembelian juadah makanan di luar setelah kebenaran pengoperasian bazar Ramadhan dilaksanakan pada bulan Ramadhan pada tahun berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 39 kes dilaporkan pada 2021 berbanding 22 kes pada 2020.

Bagaimanapun menurutnya, episod keracunan makanan di negara semasa bulan Ramadan mencatatkan penurunan pada tahun 2020 iaitu 22 kes berbanding 36 kes pada tahun sebelumnya, manakala terdapat peningkatan kes keracunan makanan pada tahun 2021 iaitu sebanyak 39 kes

“Hal ini berkemungkinan besar disumbangkan oleh pembelian juadah makanan di luar setelah kebenaran pengoperasian bazar Ramadhan dilaksanakan pada bulan ramadhan tahun 2021 bersekali beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Dalam situasi pandemik Covid-19, kes keracunan makanan terus menurun sebanyak 31.6 peratus iaitu daripada 288 kes pada tahun 2020 kepada 197 kes pada tahun 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh para peniaga makanan terutamanya peniaga bazar Ramadan bagi menyajikan pelbagai aneka jualan makanan dan minuman.

Bagaimanapun menurutnya, KKM ingin mengingatkan masyarakat agar terus mematuhi SOP dan mengamalkan norma-norma baharu semasa membeli makanan demi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 ini dapat diputuskan.

“KKM juga ingin menasihati para peniaga supaya sentiasa menitik beratkan aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual bagi mengelakkan kes keracunan makanan.

“Keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar oleh toksin yang terhasil daripada bakteria, virus, atau parasit.

Advertisements

Menurutnya, kes keracunan makanan berkenaan tidak boleh dipandang enteng kerana ianya boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan seterusnya mengancam nyawa.

Menurutnya, secara keseluruhannya, pada 2019, sebanyak 516 kes keracunan makanan direkodkan, diikuti 288 kes pada tahun 2020, dan 197 kes pada tahun 2021.

“KKM memandang serius mengenai kes keracunan makanan dan ingin mengingatkan masyarakat agar mengamalkan lima langkah atau kunci keselamatan makanan bagi memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga yang tersayang adalah bersih dan selamat.

Menurutnya, langkah pertama ialah menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan langkah kedua, gunakan peralatan yang berasingan untuk makanan mentah bagi mengelakkan pencemaran kepada makanan yang telah dimasak.

“Langkah ketiga pula ialah masak makanan dengan sempurna dan pastikan ianya dimakan dalam tempoh tidak melebihi dari empat empat jam.

“Seterusnya, langkah keempat simpan makanan sedia dimakan (ready to eat food) pada suhu yang bersesuaian dan tidak melebihi tiga tiga hari di dalam peti sejuk dan gunakan bahan mentah yang segar dan air yang bersih untuk memasak,” katanya.

Malah menurutnya, konsep lihat, hidu, dan rasa sebelum makan juga hendaklah diamalkan supaya dapat mengelakkan memakan makanan yang telah rosak.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan