34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Warga asing isi 40 liter RON95, kerajaan rugi RM68 – Bekas PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKIRANYA warga asing mengisi kira-kira 40 liter RON95, Kerajaan bakal berhadapan dengan kerugian sebanyak RM68 dan berlaku pengaliran wang rakyat kepada warga asing.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkongsikan pendapat berkenaan dalam satu hantaran di Facebook berikutan tular gambar kenderaan milik warga asing yang membeli petrol RON95 di stesen di negera ini.

Menurut beliau, petrol RON95 adalah bahan kawalan susulan diberi subsidi yang tinggi dan adalah melanggar Akta Kawalan Bekalan kerajaan jika menjual RON95 kepada mana-mana warga asing.

“Pada ketika ini, petrol RON95 Malaysia pada harga RM2.05 satu liter adalah ke-11 paling rendah dalam dunia – lagi murah dari beberapa negara-negara pengeluar minyak besar dan negara teluk seperti Arab Saudi, Qatar, Bahrain, UAE, Jordan dan Oman.

“RON97 yang dibenarkan dijual kepada warga asing pula dijual dengan harga RM3.91 satu liter di Malaysia.

“Namun masih jauh lebih murah berbanding harga S$3.02 (RM9.37) bagi RON95 dan S$3.51 (RM10.90) bagi RON97 di negara jiran sebab petrol dikenakan cukai yang tinggi,” katanya hari ini.

Ujar Najib lagi, berbeza dengan Malaysia di mana subsidi yang diberi untuk RON95 di Malaysia adalah sekitar RM1.70 satu liter.

Menurutnya, jika warga asing isi 40 liter RON95 sahaja, kerajaan akan rugi RM68 wang Rakyat kepada warga asing.

“Dengan pembukaan semula sempadan negara, saya percaya pihak berkuasa dan stesen-stesen minyak Malaysia akan memantau dengan lebih rapi,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut membalas komen warganet yang menyalahkannya dalam isu berkenaan.

“Ada juga yang nak salahkan saya dalam ruang komen tapi hakikatnya ialah larangan menjual RON95 kepada warga asing mula dilaksanakan masa saya PM,” katanya.

Untuk rekod, pada Julai 2010, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang ketika itu ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengumumkan larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing tetap dilaksana pada 1 Ogos tahun yang sama.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat negara ini.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan