30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Guru rugi RM254,600, terpedaya Macau Scam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG guru berputih mata apabila kerugian sebanuak RM254,600 selepas terperdaya dengan penipuan sindiket Macau Scam menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, mangsa berusia lingkungan 30 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu mengaku sebagai pegawai LHDN pada 14 Mac lalu.

Menurutnya, mangsa terkejut apabila diberitahu kononnya ada tunggakan cukai berjumlah RM38,500.90 oleh sebuah syarikat yang didaftar menggunakan namanya.

“Panggilan kemudian disambungkan pula kononnya kepada seorang sarjan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Dalam perbualan itu, mangsa dimaklumkan kononnya terdapat satu akaun bank atas namanya yang berkaitan dana haram sebanyak RM312,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Champin berkata, mangsa kemudian diminta menyerahkan maklumat akaun banknya yang didakwa untuk tujuan penyiasatan.

Menurutnya, antara 14 hingga 26 Mac lalu, mangsa diarah memindahkan wang ke dalam enam akaun bank yang berbeza.

Advertisements

“Mangsa hanya menyedari tertipu pada 30 Mac lalu dan terus tampil ke balai polis untuk membuat laporan. Laporan juga dibuat berikutan mangsa takut semua dokumen peribadi dan identitinya akan disalahgunakan,” katanya.

Champin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun menurutnya, sebelum ini terdapat dua kes seumpama yang berlaku di daerah ini membabitkan warga pendidik dan kesihatan.

“Saya meminta semua warga daerah ini supaya jangan terperdaya mahupun melayan panggilan telefon daripada mana-mana pihak tidak dikenali yang menyamar sebagai kakitangan LHDN, polis, mahkamah dan lain-lain.

“Orang ramai dimohon menyemak dan berhubung dengan pihak polis untuk kepastian bagi mengelak diperdaya oleh sindiket Macau Scam,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan