31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Akta Antilompat Parti dibentang Julai ini – Ismail Sabri

RUU tersebut hanya boleh dibentang sekiranya RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 diluluskan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RANG Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dijangka dibentang di Parlimen pada sesi sidang Dewan Rakyat Julai ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perkara berkenaan dalam sidang media selepas selesai taklimat khas RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya yakin RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dapat diluluskan esok berdasarkan komitmen diberikan semua pihak termasuk pembangkang.

“Kerajaan juga akan mewujudkan jawatankuasa khas bagi memperincikan, menggubal dan meneliti pindaan RUU Antilompat Parti itu sebelum ia dibentangkan kepada Kabinet terlebih dahulu.

“Jawatankuasa khas itu akan disertai wakil kerajaaan, pembangkang, ahli akademik dan pakar Perlembagaan. Kami berharap perincian oleh Jawatankuasa khas itu akan dipercepatkan kerana sasaran kami untuk bentangkan RUU itu pada Julai ini.

“Secepat mana jawatankuasa itu boleh mencadangkan untuk dibentangkan dalam Kabinet untuk persetujuan. Selepas itu maka kita boleh bentangkan segera di Parlimen,” katanya.

Advertisements

Ujar beliau lagi, kerajaan berharap agar Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 esok akan dapat diluluskan dengan majoriti dua pertiga.

Malah menurut beliau, kerajaan tiada niat untuk melewatkan pembentangan akta ini kerana mahu ia diperincikan terlebih dahulu selepas dibentangkan.

“Akta Antilompat Parti itu hanya terpakai bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Rakyat.

“Seperti kita tahu, DUN Kelantan sudah buat pindaan terhadap undang-undang tubuh dan tidak benarkan mana-mana ADUN lompat parti.

“Tapi kerana Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda, jadi pindaan undang-undang tubuh Kelantan tidak boleh terpakai, justeru kita kena pinda Perkara 10, dan ini yang akan dilakukan esok,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan