26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Kanak-kanak tiga tahun cedera kaki tersangkut eskalator

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berdepan situasi cemas apabila kaki kanannya tersepit pada eskalator di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.48 petang itu, mangsa dipercayai bersama ibu bapanya dikatakan sedang turun dari tingkat dua pusat beli-belah itu dengan menggunakan eskalator sebelum insiden berkenaan berlaku.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.48 petang sebelum tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.01 petang bersama dua pegawai dan lima anggota.

“Sejurus tiba, pihaknya mendapati kaki kanak-kanak itu tersangkut pada eskalator berkenaan.

“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada Hospital Sedang untuk rawatan selanjutnya.

“Tidak dapat dipastikan bentuk kecederaan dialami mangsa,” katanya.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan