25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM ajak pemimpin bersatu hati tanpa mengira parti

Bagi merapatkan ukhuwah serta menghayati nikmat Ramadan sebagai satu Keluarga Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengajak para pemimpin agar bersatu hati tanpa mengira parti politik.

Beliau turut menyeru agar semua pihak merapatkan ukhuwah serta menghayati nikmat Ramadan sebagai satu Keluarga Malaysia.

“Bagi meraikan Ramadan yang mulia, elok benarlah kita bersatu hati tanpa mengira parti untuk sama-sama menghayati nikmat Ramadan sebagai satu Keluarga Malaysia.

“Terima kasih kepada semua yang hadir… rapatkan ukhuwah kita sebagai satu Keluarga Malaysia yang besar dan harmoni,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Malam ini Perdana Menteri mengadakan majlis berbuka puasa bersama Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Seri Perdana, Putrajaya yang turut dihadiri oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang merentasi parti.

Majlis itu boleh dianggap satu sejarah kerana inilah kali pertama majlis berbuka puasa oleh Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa daripada pemimpin-pemimpin parti pembangkang.

Advertisements

Hampir kesemua pemimpin utama parti pembangkang antaranya Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Selain itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim turut hadir.

Hadir sama, lebih 200 Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara termasuk menteri-menteri Kabinet serta anak-anak yatim dari Raudhatul Al Faeez, Gombak.

Sebahagian besar tetamu yang hadir sebelum itu menghadiri taklimat Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Puspanitapuri, Presint 10 berhampiran Seri Perdana.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan