25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

546,049 murid tahun 3,4 dan 5 mula hadir tanpa penggiliran

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 546,049 murid tahun 3,4 dan 5 di 1,558 sekolah yang terlibat dengan penggiliran sebelum ini akan mula hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, jumlah berkenaan melibatkan 130,177 murid sekolah di negeri kumpulan A yang memulakan persekolahan pagi ini.

Manakala menurutnya, baki 415,872 murid sekolah di negeri kumpulan B yang akan memulakan sesi tanpa penggiliran esok.

“Secara keseluruhan, seramai 5,074,927 juta murid, masing-masing 2,966,893 bagi sekolah rendah dan 2,108,034 sekolah menengah akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bagi penggal 1, sesi persekolahan 2022/2023 yang bermula 21 Mac lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkongsikan perkara berkenaan sempena tinjauan pengoperasian sekolah di Kelantan hari ini termasuk beberapa buah sekolah di Ketereh yang baru memulakan persekolahan tanpa penggiliran sepenuhnya.

Advertisements

“Saya dapati pengoperasian sekolah berjalan lancar serta teratur.

“Pihak sekolah, khususnya guru-guru juga kelihatan cukup bersedia menerima kehadiran semua murid bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada murid, guru dan ibu bapa yang sentiasa bekerjasama erat dalam memastikan sesi persekolahan berjalan dengan teratur dan lancar, sekaligus membolehkan semua murid kembali ke sekolah.

“Saya mohon kerjasama dan jasa baik ibu bapa untuk sama-sama patuhi ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan sekolah dapat terus dibuka dalam keadaan selamat demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan