33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Covid-19: Kes harian menurun sedikit, 10 kluster baharu dikesan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES harian Covid-19 menurun sedikit berbanding semalam apabila sebanyak 9,705 kes baharu direkodkan hari ini berbanding hari sebelumnya iaitu 9673 iaitu penurunan sebanyak 77 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan nilai kumulatif kes yang direkodkan sehingga kini adalah sebanyak 4,382,402 kes.

Menurutnya, sebanyak 14,346 kes sembuh direkodkan serta majoriti kes baharu iaitu sebanyak 9,656 kes bersamaan 99.5 peratus dengan pecahan 4,653 kes (47.95 peratus) adalah dari kategori 1 dan 5,003 kes (51.55 peratus) adalah dari kategori 2.

“Selebihnya iaitu 0.5 peratus bersamaan 49 kes adalah kategori 3, 4, dan 5. Dari jumlah kes tersebut, 17 kes daripadanya dikesan tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi,
15 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak (booster),
17 kes telah menerima dos penggalak (booster),
29 kes berumur 60 tahun dan ke atas, 27 kes mempunyai komorbid serta satu kes adalah kes ibu mengandung.

“Manakala, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 134 kes dan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujar Noor Hisham lagi, sebanyak 6,984 kluster telah direkodkan sejak tercetusnya pandemik Covid-19 dengan 116 kluster masih aktif.

Menurutnya, terdapat 10 kluster baharu direkodkan setakat semalam.

Dalam perkembangan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara secara puratanya adalah sebanyak 0.85 dan tiada negeri mencecah nilai 1.0.

-EDISI9

Terkini

Rancang pembangunan saksama di semua negeri – Sultan Ibrahim

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan yang saksama diberikan kepada semua bandar di...

Lagi Artikel Berkaitan