29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Geng warga Mynmar curi motosikal Honda EX5 tumpas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menumpaskan geng curi motosikal Honda EX5 didalangi warga Myanmar selepas menahan empat lelaki dalam beberapa serbuan sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pada pukul 9.49 malam kelmarin, beliau bersama anggotanya berjaya menahan lelaki warga Myanmar di Jalan Bukit Bintang Off Jalan Imbi, ketika menunggang motosikal dalam keadaan tidak memakai topi keledar.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu malah pemeriksaan lanjut menemukan motosikal itu yang dilaporkan hilang bersabit kes Cheras.

“Polis merampas motosikal berkenaan dan hasil soal siasat dia menunjukkan tempat simpanan motosikal curi itu di Taman Maluri, Cheras.

“Polis kemudian menahan dua lagi lelaki warga Myanmar berusia 14 dan 26 tahun kira-kira pukul 12.30 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata, polis turut merampas sebuah lagi motosikal Honda EX5 yang dilaporkan hilang bersabit kes Cheras.

“Siasatan lanjut kemudian menahan seorang lagi suspek berusia 15 tahun di Taman Lembah Maju, Ampang pukul 2 pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka mengaku terbabit mencuri dua motosikal itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan