31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Anggota polis baru selesai tugas maut kemalangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis berpangkat Koperal maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting semalam.

Difahamkan, dalam kejadian tersebut, mangsa, Muhamad Nazri Mohd. Nor, 31, yang bertugas di Balai Polis Bukit Puchong dikatakan baru selesai menjalankan tugas sebagai anggota kereta peronda (MPV).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, mangsa menunggang motosikal jenis SYM dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sri Cheding sebelum terbabit kemalangan.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.45 petang melibatkan sebuah motosikal ditunggang mangsa dan sebuah kenderaan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Arwah meninggalkan seorang isteri yang bertugas di Balai Polis USJ 8 dan belum dikurniakan cahaya mata. Jenazah telah di hantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abd. Khalid berkata, siasatan kes oleh cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sehingga kini, pemandu kenderaan yang terlibat masih belum membuat laporan polis. Pihak polis memohon saksi awam yang lihat kemalangan tersebut untuk tampil memberikan maklumat kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed serta seluruh warga kerja Polis Kontinjen Selangor dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Koperal Muhamad Nazri Mohd. Nor.

“Allahyarham meninggal dunia pada usia 31 tahun dan telah berkhidmat dalam PDRM selama 9 tahun. Perkhidmatan terakhir Allahyarham di Balai Polis Bukit Puchong, IPD Subang Jaya.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” jelasnya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan