25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

209 kes ‘Macau Scam’ di Johor, kerugian cecah RM9.5 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Johor menerima sebanyak 209 kes melibatkan Macau Scam tahun ini dengan membabitkan kerugian mencecah RM9.5 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Amran Md. Jusin berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lalu.

Menurutnya, tahun lalu hanya 90 kes dengan kerugian berjumlah RM2.8 juta dicatatkan yang menyaksikan peningkatan kerugian sebanyak RM6.7 juta.

“Kebiasaannya sindiket akan menyamar sebagai anggota polis, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mahupun ejen insurans.

“Orang ramai diminta berwaspada dengan modus operandi yang digunakan sindiket iaitu membuat panggilan kepada mangsa secara terus menggunakan nombor telefon tidak dikenali atau melalui operator,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisements

Jelas beliau, mangsa kemudian diberitahu mempunyai tunggakan cukai, sebelum diarahkan menghubungi nombor lain yang didakwa sebagai anggota penguat kuasa sebelum diminta memberikan butiran berhubung akaun mangsa dan nombor TAC pemindahan dibuat mangsa.

“Semua wang yang dipindahkan mangsa kemudiannya akan dikeluarkan melalui perbankan internet tanpa pengetahuan mangsa.

Sehubungan itu, Amran menasihati masyarakat agar mengabaikan serta tidak melayan panggil telefon individu tidak dikenali.

Ujar beliau, jangan sesekali dedahkan maklumat perbankan kepada mana-mana pihak dan juga jangan panik.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan