31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Demi bahagiakan ibu, anak serah RM10,000 wang KWSP

'Saya takut saya tidak dapat bahagiakan mama. Sebab itu saya rasa masih tidak puas berbakti untuk mama' - Amran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MULIA hati seorang anak apabila sanggup menyerahkan kesemua pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang diperoleh kepada ibunya.

Demikian pengorbanan seorang lelaki dikenali Amran X Aminudin yang berkongsi kegembiraan bersama ibunya selepas menerima pengeluaran khas KWSP tersebut sejak semalam.

Bagaimanapun, menurut Amran, ibunya berasa sedih dan mempersoalkan tindakannya mengeluarkan wang hasil carumannya dalam KWSP sebelum ini.

Namun lelaki itu berkata, ini kerana dia sendiri tidak pasti siapa yang akan pergi dahulu, sama ada dia atau ibunya.

“Saya tahu mama sudah tua dan banyak sakit. Dari ubat-ubatan mama pun saya tahu yang mama sedang menahan sakit.

AMRAN AMINUDIN

“Saya takut saya tidak dapat bahagiakan mama. Sebab itu saya rasa masih tidak puas berbakti untuk mama,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya.

Menurut lelaki itu, dia turut memberitahu ibunya yang dia masih boleh bekerja dan duit KWSP itu masih boleh dikumpul.

Baginya, wang RM10,000 yang diberikan itu sangat kecil nilainya berbanding pengorbanan ibunya yang melahirkan dan mendidiknya sehingga dia boleh mencari duit sendiri.

Hantaran Amran itu kemudian mendapat maklum balas daripada pengguna Facebook yang terharu dengan pengorbananya dan menganggap apa yang dilakukannya sebagai sesuatu yang sangat mengharukan. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan