31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

PLUS buka 24 pusat pemasangan RFID di lebuh raya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 24 pusat pemasangan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) disediakan sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan menjelang cuti perayaan Aidilfitri awal bulan depan.

PLUS Malaysia Berhad berkata, ia merupakan sebahagian daripada lebih 60 pusat pemasangan RFID yang disediakan di seluruh negara.

Kenyataan syarikat itu berkata, pusat pemasangan tersebut dikendalikan oleh pasukan yang berdedikasi dan komited sepenuhnya dalam pemasangan.

“Petugas juga akan memastikan kadar pengesanan yang tinggi daripada tag RFID pada setiap kenderaan.

“Sehubungan dengan itu, kami menggalakkan pelanggan yang mengalami isu pengesanan tag RFID untuk mengunjungi mana-mana pusat pemasangan terdekat untuk pemeriksaan lanjut bagi membetulkan masalah yang dihadapi berkenaan tag RFID,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, PLUS berkata, harga jualan tag RFID tidak diputuskan atau dikenakan oleh PLUS dalam apa jua cara dan ia adalah mengikut budi bicara mutlak Touch ‘n Go Sdn Bhd sebagai pemilik produk gerbang pembayaran termasuk kad Touch ‘n Go dan peranti SmartTAG.

“Peranan PLUS adalah daripada aspek pemasangan, integrasi sistem dan operasi pembaca gantri di plaza tol dan mengekalkan standard ISO IEC180000-6C.

“Apabila kami mendapat lebih banyak trafik melalui lorong RFID, kami mengumpul lebih banyak data.

“Data tambahan ini membolehkan kami untuk terus memperbaiki dan meningkatkan kecekapan sistem sepanjang masa, untuk memberikan pelanggan pengalaman perjalanan yang lebih lancar,” katanya.

Pelanggan boleh mendapatkan senarai pusat pemasangan RFID melalui https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres. – Bernama

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan