31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tukang tular bukan lagi anggota sukarelawan APM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INDIVIDU yang ditahan polis kerana menularkan video ingkar arahan Komander Operasi Bencana di lokasi tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini, Khamis lalu bukan lagi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Kapten (PA) Mazran Mohamad berkata, lelaki berusia 43 tahun itu adalah bekas anggota Sukarelawan Pertahanan.

Menurutnya, individu itu bukan lagi anggota sukarelawan APM kerana pelantikannya tamat pada 9 Januari lalu.

“APM membuat keputusan untuk tidak menyambung keanggotaannya melalui Peruntukan Kaedah 27 Kaedah-kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970.

“Mengikut peruntukan itu, individu sama tidak boleh didaftarkan semula di mana-mana premis serta pejabat APM di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mazran berkata, APM akan terus bekerjasama dengan semua agensi sama ada dalam situasi aman atau semasa bencana.

Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan semua warganegara untuk memahami skop peranan dan tanggungjawab APM melalui Seksyen 2B dan 4C Akta APM 1951 (Akta 221) dan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara yang mana APM adalah sebagai Secretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah dan salah satu pasukan penyelamat utama di Zon Merah.

“APM akan sentiasa bersama semua warganya yang berkhidmat mengikut peraturan dan perundangan sedia ada dalam melindungi nyawa dan harta benda agar terus terpelihara.

Terdahulu, video berdurasi 55 saat tular di media sosial dipercayai disebar pemilik akaun Facebook yang memaparkan seorang pegawai APM ingkar arahan diberikan Komander Operasi Bencana.

Semalam, polis telah menahan seorang lelaki dipercayai individu yang menyebarkan video ingkar arahan operasi tanah runtuh Taman Bukit Permai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berkenaan ditahan ketika hadir memberi keterangan di IPD Ampang Jaya.

Menurutnya, suspek telah ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamine serta memiliki aplikasi judi online dalam telefon bimbitnya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan