25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tanda pagar #HasniForMB trending, warganet luah simpati

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TANDA pagar #HasniForMB sedang trending dalam media sosial berikutan polemik pemilihan Menteri Besar Johor yang baharu selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu.

Tanda pagar itu digunakan beberapa kepimpinan UMNO negeri bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad agar sekali lagi dipilih sebagai Menteri Besar bagi menerajui negeri itu.

Ia susulan terdapat ura-ura menyatakan ada nama lain yang dicalonkan untuk mengisi jawatan tersebut selepas Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan lebih dua pertiga dalam PRN tersebut.

Nama yang disebut-sebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Seorang daripada warganet, Fahan Mokhali dalam ciapannya mengaku masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa nama Hasni digantikan dengan calon lain.

Still cannot brain how they managed to shift Dato Hasni with Onn Hafiz,” ciapnya dalam twitter hari ini.

BNYV Johor pula menganggap Hasni sebagai arkitek bagi kerajaan Johor baharu dan sewajarnya beliau dikekalkan.

There’s only one true architect of new Johor. One man. One name. HASNI MOHAMMAD #OrangMudaBersamaHasni.

Sementara, Allif berkata berkata, adalah lebih baik sekiranya Menteri Besar dikekalkan supaya mengelak daripada diserang oleh parti lawan.

Always maintained his cool. Never attacked his opponents. Always had the bigger heart. Johor didn’t lose Hasni, they gained an unsung hero.

This is might be the end of Johor’s Hasni, but the beginning of Malaysia’s Hasni,” katanya.

Sejak semalam, isu pemilihan Menteri Besar Johor yang baharu menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat dan juga parti politik susulan terdapat tiga nama disebut-sebut bakal memegang jawatan itu.

Ketiga-tiga mereka ialah Hasni, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi, namun nama Onn Hafiz adalah yang paling hampir untuk dilantik menjawat jawatan berkenaan. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan