29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Onn Hafiz mula tugas sebagai Menteri Besar Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Johor ke-19, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengangkat sumpah jawatan semalam memulakan tugas rasmi beliau pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap yang tiba di Bangunan Dato Jaafar Muhammad pada jam 10 pagi itu disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Turut hadir menyambut Onn Hafiz ialah Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salehuddin Hassan.

Sebelum memulakan tugas, doa dibaca diikuti sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.

Beliau kemudian menandatangani perakuan memulakan tugas rasmi di pejabat Menteri Besar.

Advertisements

Semalam, cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, iaitu Onn Hafiz, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kira-kira jam 3 petang semalam.

Beliau menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor yang berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serene, di sini.

Onn Hafiz sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor ketika Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menjadi Menteri Besar dan amat aktif dalam pergerakan generasi muda.

Beliau yang merupakan Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu dengan majoriti 6,543 undi.

Onn Hafiz menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan