29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Daftar pemilih tambahan Februari dibuka untuk semakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WARGANEGARA berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 28 Februari lalu serta mana-mana pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau status diminta melakukan semakan nama dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari Tahun 2022 (DPT BLN2/2022).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata, DPT BLN2/2022 yang telah diperaku pada 15 Mac lalu dan diwartakan hari ini, dibuka selama 30 hari mulai hari ini hingga 14 April depan untuk semakan.

“DPT BLN2/2022 ini mengandungi nama bagi 38,004 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 28 Feb 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 11,385 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 5,839 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

“Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN2/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya boleh mengisi Borang D.

“Mereka juga boleh hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,”katanya.

Beliau berkata, SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN2/2022 iaitu seperti menerusi portal SPR dipautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau hotline SPR di talian 03-8892 7018,”katanya.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan