30 C
Kuala Lumpur
Friday, October 7, 2022

Sindiket dadah didalangi penjawat awam tumpas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi sembilan penjawat awam yang juga merupakan penguatkuasa dalam serbuan berasingan di sekitar Johor dan Putrajaya.

Bahkan, seorang nelayan yang juga ahli sindiket berusia 29 tahun yang ditahan dalam serbuan pada 6 Mac hingga 8 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan mendapati sembilan penjawat awam berusia antara 33 hingga 49 tahun itu didapati bertugas di sebuah agensi penguat kuasa di Putrajaya.

“Modus operandi sindiket dengan menjual 50 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang dirampas dalam satu operasi di perairan Selat Melaka yang cuba diseludup oleh sindiket bergerak aktif di Banting, Selangor untuk pasaran di Dumai, Indonesia.

“Bagaimanapun, dadah itu dirampas namun dijual kepada pengedar dadah di negeri di utara Semenanjung.

“Sindiket ini dipercayai mula bergiat aktif sejak pertengahan Februari lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Baca juga:   Polis buru dua kumpulan merusuh, rosakkan kenderaan

Menurut Ayob Khan, JSJN turut merampas 5.37 kg dadah jenis syabu bernilai RM193,590.

“Semakan lanjut mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan suspek direman kini direman selama 14 hari bermula 7 Mac hingga 20 Mac lalu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Turut dirampas dan disita pelbagai aset termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM195,235,” katanya.

Baca juga:   Dua kali ditangguh, bicara kes rasuah Zahid 25 Ogos

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bajet 2023: Peruntukan RM1.1 bilion selenggara, baik pulih sekolah

MENTERI Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menyambut baik pengumuman sebanyak RM1.1 bilion peruntukan disediakan untuk selenggara dan membaik...

Lagi Artikel Berkaitan