36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Solat ‘online’: Pasangan remaja ditegur persenda agama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJAK beberapa hari lalu kecoh dalam media sosial apabila kalangan warganet memperkatakan tentang satu rakaman video bertajuk Solat Jemaah Online Pakwe Makwe.

Rakaman video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki menjadi imam secara dalam talian ketika solat bersama kekasihnya menerusi panggilan video.

Difahamkan, video tersebut pernah dimuat naik dalam aplikasi TikTok pertengahan tahun lalu bagaimanapun, kembali tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Tindakan tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Furqan Fawwaz yang menganggap tindakan pasangan remaja terbabit mempersendakan agama Islam.

“Ada orang Islam berani buat macam ni? Tak kisahlah negara mana pun yang buat content macam ni tapi kita kena tegur sebab ini adalah solat penghubung antara kita dengan Allah.

“Kita solat untuk minta pada Allah supaya dijauhkan daripada musibah tapi korang buat pula content (kandungan) pergi mintak musibah. View (tontonan) makin banyak.

“Kita tegur supaya anak-anak kita tidak terikut-ikut dengan content nak kejar populariti sampai sanggup buat apa saja,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Turut mengulas mengenai perkara tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ahmad Marzuk berkata, perbuatan sebegitu secara jelas mempermain Islam serta hukum-hakam agama.

Tegas beliau, ia tidak boleh dibiarkan dan wajar diambil tindakan undang-undang.

“Saya nasihatkan, berpada-padalah dalam media sosial, jangan terbawa-bawa sampai buat content berbentuk keagamaan, yang kemudian tular hingga menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Perbuatan itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam, malah mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut enakmen atau undang-undang.sedia ada jika didapati bersalah,” katanya.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan