30.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

0.96 nilai Rt COVID-19 direkodkan, catat penurunan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA merekodkan penurunan purata kadar kebolehjangkitan atau nilai R-naught (Rt) COVID-19 semalam kepada 0.96 berbanding 0.97 yang dicatatkan kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun terdapat sembilan negeri merekodkan kadar Rt melebihi 1.00

“Negeri yang mencatatkan kadar Rt melebihi 1.00 itu adalah Sarawak (1.21), Kuala Lumpur (1.12), Terengganu (1.12), Negeri Sembilan (1.07), Perak (1.04), Pulau Pinang (1.03), Putrajaya (1.02), Pahang (1.01) dan Kedah (1.01).

“Tiga negeri yang mencatatkan Rt 1.00 pula adalah Selangor, Melaka dan Johor.

“Sementara itu, empat negeri mencatatkan bacaan Rt di bawah 1.00 adalah Kelantan (0.97), Perlis (0.94), Labuan (0.82) dan Sabah (0.70),”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak enam negeri merekodkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan pesakit COVID-19 semalam..

“Enam negeri berkenaan ialah Kuala Lumpur (77 peratus), Kelantan (75 peratus), Johor (66 peratus), Selangor (62 peratus), Melaka (59 peratus) dan Pulau Pinang (51 peratus),”katanya.

Baca juga:   Bekalan ayam di pasar raya seluruh negara kembali stabil

Menurutnya, penggunaan katil bukan ICU untuk pesakit Covid-19 melebihi 50 peratus pula membabitkan 12 negeri.

“Ia adalah di Putrajaya (107 peratus), Selangor (103 peratus), Kuala Lumpur (90 peratus), Perak (86 peratus), Melaka (84 peratus), Sarawak (81 peratus), Perlis (76 peratus), Terengganu (73 peratus), Kelantan (71 peratus), Johor (58 peratus), Pulau Pinang (56 peratus) dan Pahang (55 peratus).

Baca juga:   Rakyat mahu parti kurang berpolitik tapi lebih bekerja - Muhyiddin

“Sementara itu, tiada negeri yang menunjukkan peratusan melebihi 50 peratus bagi penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) pula menurun kepada 215 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 25 peratus pada semalam.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori satu hingga lima yang baharu didiagnosa pada setiap hari.

“Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.

“Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi bagi kategori satu dan dua yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Ujar beliau, semalam, sebanyak 1,521 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut iaitu 634 kes (41.7 peratus) adalah kategori tiga hingga lima, manakala 887 kes (58.3 peratus) adalah kategori satu dan dua.- Edisi 9

Baca juga:   Jangkitan baharu COVID-19 hampir cecah 7,000 kes

Terkini

Tolak bajet sama seperti tarik sokongan terhadap PM

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tindakan mana-mana pihak menolak Bajet 2023 boleh dianggap seperti...

Lagi Artikel Berkaitan