27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

SPR sudah benarkan penceramah buka pelitup muka

Mesti Baca

PENCERAMAH yang menyampaikan ceramah atau syarahan berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sudah dibenarkan membuka pelitup muka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya malam ini berkata, bagaimanapun kebenaran itu hanya diberikan ketika menyampaikan ceramah dan terus memakai semula selepas selesai tanpa berlengah.

Katanya, semua yang hadir ceramah pula hendaklah sentiasa memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara individu perlu sentiasa dikekalkan.

Sementara itu, SPR berkata, semasa menghadiri mesyuarat parti, semua yang hadir diwajibkan memakai pelitup mula sepanjang masa dan menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

“Aktiviti bersalaman adalah dilarang,” kata kenyataan itu.

SPR berkata, pindaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 bagi pelaksanaan PRN Johor itu berkuakuasa serta-merta.

“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya serta garis panduan pencegahan Covid-19 tersebut bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya dan tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah tindakan seorang kakitangan kesihatan yang menegurnya kerana membuka pelitup muka ketika mahu memulakan ucapannya dalam satu kempen PRN Johor.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau mahu membuka pelitup muka hanya ketika berucap bagi membolehkan orang ramai mendengar dengan jelas mesej yang ingin disampaikan.

Menurut laporan media, tindakan itu mendapat sokongan daripada sekumpulan penyokongnya yang turut hadir sehingga mereka menjerit kepada pegawai kesihatan berkenaan. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan